Pages

Thursday, November 14, 2013

10 Muharram

Hari ini, 14 Nov 2013 adalah bersamaan dengan 10 Muharram atau lebih dikenali dengan Hari Asyura. Kita disunatkan berpuasa pada hari ini, dan untuk tidak mengikut seperti amalan yahudi, nabi kita berpesan agar disertakan sekali puasa pada 9 dan 11 muharram. Tetapi tidaklah menjadi masalah sekiranya kita hanya berpuasa pada hari ini. 
Besar harapan agar Allah mengampunkan dosa- dosa lalu hingga ke tahun hadapan, berkat amalan berpuasa pada hari ini. 

Selain dari berpuasa, kita juga disunatkan melawat anak yatim, memakai pakaian baru, belanja anak isteri/ keluarga makan dan sebagainya. So, saya dan team Lovely Heritage sedikit sebanyak cuba amalkan mana yang termampu. 

Hari ini saya pakai pakaian baru, sepasang abaya dari dubai, hadiah harijadi saya dari si suami. Selesanya berabaya sebab materialnya berbeza dengan jubah biasa. Tak panas pun walaupun kelas saya berterusan dari pagi hingga ke lewat petang. Saya lebih selesa memilih potongan princess dan diserikan dengan sedikit hiasan. Lebih praktikal untuk saya bergerak bebas. Ini gambar saya berabaya di Lovely Heritage....mana cantik?? Abaya, Lovely heritage, atau saya? hahahhahaha.....gurau saja k. 


Oh ya....ada produk baru di Lovely Heritage tau....saya namakan fabrik warisan. Jengah- jengah lah page fb saya untuk tengok. Kainnya sangat selesa, design yang cantik dan warna yang menarik. Ada lagi yang belum diupdate, tengah- tengah ambil gambo, bateri penat ler pulak....

p/s: mana mau makan untuk belanja anak- anak hari ni? 

Sunday, November 10, 2013

Pantun warisan...

Ada sesiapa suka berpantun? Orang kata, orang melaka terror berpantun. betul ker? mungkin juga kot...Waktu majlis pertunangan saya dulu, jenuh juga nak jawab pantun dari pihak lelaki, orang Melaka. Tapi as usual, family saya rileks jer. Tak gheti berpantun, kita cakap terus terang. Sebabnya, tujuan utama majlis bukan untuk berbalas pantun. ;)

Sebenarnya kan, saya ni dikira suka membaca pantun dan sajak waktu kecil-kecil dahulu. Habis buku-buku abang dan kakak saya baca. Seingat saya, waktu saya darjah empat, saya volunteer untuk dendangkan sajak Rumah kecil ditepi sawah. Meremang bulu roma, itulah komen ketua pengadil masa saya diumumkan sebagai pemenang. Sejak dari itu, saya selalu dipilih untuk mewakili sekolah dalam apa juga pertandingan. Waktu tu, hentam sajalah labu. Mana ada masa nak segan- segan atas pentas. Mana ada masa nak segan- segan hafal kuat- kuat depan orang. Ohhhhh.....'segan sungguh' saya dengan saya yang dulu sebab tak gheti segan! Sekarang ni...hohohohohoho, susahnya nak cakap depan orang ramai sebab dah kenal erti segan. ;) 

Hingga kini, saya tetap suka membaca pantun, tak kira lah pantun warisan ataupun lawak. Seninya tetap ada, meluahkan pelbagai nasihat dengan cara tersendiri. Hari ini, saya membaca buku anak- anak yang terdapat di Lovely Heritage. Dibelakang covernya, terdapat pantun yang sungguh dalam maknanya....

Betul tak apa yang pantun tu kata? Sebab itulah orang tua- tua kata disebalik setiap kejadian ada hikmahnya. Dan kita sebagai umat Islam wajib percaya kepada qada dan Qadar. Segala pengalaman hidup sama ada susah atau senang, gembira ataupun duka, hebat mahupun jatuh terduduk, itulah yang membentuk siapa kita diakhir hayat kita. Sementara melalui proses itu, kitalah yang memilih bagaimana untuk bertindak dengan keadaan yang menimpa. Allah kan Maha Penyayang, berbaik sangka lah ketika kita diuji. :)

Sesiapa pun di dunia ini pasti diuji. So.....? Usah gusar, teruskan sahaja perjalanan hidup kita.Kalau hari ni kita tersilap, takkan seumur hidup kita akan tersilap. Kalau hari ini kita kesempitan harta, takkan mungkin setiap saat hingga ke hujung nyawa kita kesempitan harta. Kalau hari ini kita tak bahagia, takkan mungkin tiada bahagia di hari esok. Tapikan, mungkin kita akan terus menerus silap, tak bahagia ataupun kesempitan sekiranya kita tidak didik jiwa kita untuk bersyukur dan berusaha. Semuanya bergantung kepada kita. Bak kata Prof Muhaya, dunia dalaman menentukan dunia luaran kita. Untuk menjadikan dunia dalaman kita kuat dan bahagia, ada banyak caranya. Bab itu, kena tengok Tanyalah Ustaz atau Ustazah, tak pun dengarlah radio Ikim. Sekurang-kurangnya kita dah pun menggunakan nikmat mata dan telinga, itukan tanda kita bersyukur.... tul tak?. ~ saya juga sedang diuji sekarang ini, aduhaiiiii....erkkssss~

Hmmmmm, ni apa hal ni. Blog jual baju dah jadi blog motivasi. Hehehhehe, maafkan saya yer, saya ni memang macam gini. Suka bermotivasi dengan kata- kata terutamanya dengan anak murid saya yang dah besar panjang dan sedang mencari identiti. Tak dapat berkata- kata (kerana tiada yang nak buat appoinment untuk jumpa hari ini) menulis lah pulak kat sini. Saya percaya, selain ilmu yang saya curahkan kepada anak bangsa, saya juga perlu nasihat menasihati mereka ke arah kebaikan. Buat pencen akhirat kata orang. Untuk pencen dunia plak, apa kata korang klik kat mana- mana barangan Lovely Heritage, pastu order yer. Andai barangan itu memang jodoh milik anda, pasti ianya milik anda.  Anda dah jumpa milik anda di Lovely Heritage? Ya Allah, kan banyak barang kat situ, mesti ada sesuatu untuk anda. Jangan malu- malu nak membelek yer. :)

Salam kasih sayang dari Lina LH.