Sebenarnya kan, saya ni dikira suka membaca pantun dan sajak waktu kecil-kecil dahulu. Habis buku-buku abang dan kakak saya baca. Seingat saya, waktu saya darjah empat, saya volunteer untuk dendangkan sajak Rumah kecil ditepi sawah. Meremang bulu roma, itulah komen ketua pengadil masa saya diumumkan sebagai pemenang. Sejak dari itu, saya selalu dipilih untuk mewakili sekolah dalam apa juga pertandingan. Waktu tu, hentam sajalah labu. Mana ada masa nak segan- segan atas pentas. Mana ada masa nak segan- segan hafal kuat- kuat depan orang. Ohhhhh.....'segan sungguh' saya dengan saya yang dulu sebab tak gheti segan! Sekarang ni...hohohohohoho, susahnya nak cakap depan orang ramai sebab dah kenal erti segan. ;)
Hingga kini, saya tetap suka membaca pantun, tak kira lah pantun warisan ataupun lawak. Seninya tetap ada, meluahkan pelbagai nasihat dengan cara tersendiri. Hari ini, saya membaca buku anak- anak yang terdapat di Lovely Heritage. Dibelakang covernya, terdapat pantun yang sungguh dalam maknanya....
Betul tak apa yang pantun tu kata? Sebab itulah orang tua- tua kata disebalik setiap kejadian ada hikmahnya. Dan kita sebagai umat Islam wajib percaya kepada qada dan Qadar. Segala pengalaman hidup sama ada susah atau senang, gembira ataupun duka, hebat mahupun jatuh terduduk, itulah yang membentuk siapa kita diakhir hayat kita. Sementara melalui proses itu, kitalah yang memilih bagaimana untuk bertindak dengan keadaan yang menimpa. Allah kan Maha Penyayang, berbaik sangka lah ketika kita diuji. :)
Sesiapa pun di dunia ini pasti diuji. So.....? Usah gusar, teruskan sahaja perjalanan hidup kita.Kalau hari ni kita tersilap, takkan seumur hidup kita akan tersilap. Kalau hari ini kita kesempitan harta, takkan mungkin setiap saat hingga ke hujung nyawa kita kesempitan harta. Kalau hari ini kita tak bahagia, takkan mungkin tiada bahagia di hari esok. Tapikan, mungkin kita akan terus menerus silap, tak bahagia ataupun kesempitan sekiranya kita tidak didik jiwa kita untuk bersyukur dan berusaha. Semuanya bergantung kepada kita. Bak kata Prof Muhaya, dunia dalaman menentukan dunia luaran kita. Untuk menjadikan dunia dalaman kita kuat dan bahagia, ada banyak caranya. Bab itu, kena tengok Tanyalah Ustaz atau Ustazah, tak pun dengarlah radio Ikim. Sekurang-kurangnya kita dah pun menggunakan nikmat mata dan telinga, itukan tanda kita bersyukur.... tul tak?. ~ saya juga sedang diuji sekarang ini, aduhaiiiii....erkkssss~
Hmmmmm, ni apa hal ni. Blog jual baju dah jadi blog motivasi. Hehehhehe, maafkan saya yer, saya ni memang macam gini. Suka bermotivasi dengan kata- kata terutamanya dengan anak murid saya yang dah besar panjang dan sedang mencari identiti. Tak dapat berkata- kata (kerana tiada yang nak buat appoinment untuk jumpa hari ini) menulis lah pulak kat sini. Saya percaya, selain ilmu yang saya curahkan kepada anak bangsa, saya juga perlu nasihat menasihati mereka ke arah kebaikan. Buat pencen akhirat kata orang. Untuk pencen dunia plak, apa kata korang klik kat mana- mana barangan Lovely Heritage, pastu order yer. Andai barangan itu memang jodoh milik anda, pasti ianya milik anda. Anda dah jumpa milik anda di Lovely Heritage? Ya Allah, kan banyak barang kat situ, mesti ada sesuatu untuk anda. Jangan malu- malu nak membelek yer. :)
Salam kasih sayang dari Lina LH.
No comments:
Post a Comment