Pages

Saturday, December 7, 2013

Cuti sekolah 2013

Apa plan anda cuti sekolah ni? Puas meronda satu Malaya? hhehehehehe..... Dulukan, saya selalu bawa anak- anak berjalan setiap kali cuti sekolah. Sampai satu tahap tak tahu nak ke mana sebab banyak tempat dah pergi. Tapi sebenarnya banyak lagi yang tak jejak lagi :). Untuk tahun ni, saya bercadang macam nek ke Kuantan, tempat saya belajar di MRSM dan MCC dulu....tapi entahlah, macam berat hati ajer nak tempah hotel. Rupa-rupanya Allah tak izinkan sebab sekarang ni Kuantan banjir. 
Simpati melihat mereka yang tertimpa musibah banjir. Bersabarlah wahai hati ketika Allah menguji kita. Inshaallah, andai kita reda, ada perkara yang lebih baik menanti. Bersangka baiklah untuk setiap apa yang menimpa, pujuklah hati walaupun gundah gulana. Musibah buat kita, amalan buat orang lain...begitu juga sebaliknya. Saya faham apa perasaan yang terbit dihati ketika banjir melanda kawasan dan harta benda kita. Bukan kerana harta adalah segalanya dihati tetapi dengan amanah harta yang sedikit itulah kita menjalani kehidupan seharian. Rumah nan satu tempat keluarga berlindung, kereta nan sederhana buat kita keluar mencari rezeki....memang sedih dan risau, tapi reda jerlah. yang penting kita sekeluarga masih selamat dan sihat. 
Saya dulu pun mangsa banjir juga. Berhari- hari masuk berita sebab agak besar juga banjir waktu tu. Bila disuruh keluar ke tempat penempatan banjir, saya enggan dengan alasan mungkin air tak masuk ke rumah. Bila hari gelap, baru teringat letrik takder. Air pula time tu lah nak berombak- ombak dalam rumah. Hissshhhh....angkut lah anak kecil 3 orang dengan bibiknya sekali naik lori askar. Sehelai sepinggang jer sbb tak sempat nak kemas apa-apa. Bila tiba di pusat penempatan, baru terperasan pakai selipar sebelah lain. Waduhhhh....tegelak-gelak lah kami dengan mangsa yang lain. Takperlah, bila lagi nak tengok orang waras pakai selipar sebelah lain kannnnn..... :) A lhamdullilah, ada kawan yang sangat baik hati menjemput kami sekeluarga dari pusat penempatan untuk kami tinggal dirumah nya. Jasanya tidak akan kami lupakan hingga ke akhir hayat. 
Esoknya, saya dan suami balik ke rumah untuk ambil apa - apa yang patut, kali ini kami naik motor bot pula. ehehhehehe....merasa juga dihantar dan dijemput ke rumah naik motorbot. Helikopter jer tak sempat sebab banjir  dah surut esoknya!

Kali kedua banjir, perasaan cuak tetap ada. Kali ni, awal- awal lagi barang dah diangkat ke tingkat atas. Macam nak patah pinggang angkut barang- barang, sofa yang berat pun saya angkat dengan anak- anak sebab masa tu suami kerja kat Muar, tak sampai- sampai rumah sebab keadaan lalulintas yang sesak. Kali ni air tak masuk rumah tapi yang saya hairan, kenapa saya masak kat tangga sedangkan boleh masak di dapur seperti biasa. Itulah kan, bila fikiran cuak semua macam kalut malut. Saya ingat lagi, saya masak lauk sardin dan telur dadar. makan ramai- ramai ngan anak jiran. Masing- masing mangsa banjir lah katakan...... segalanya akan menjadi kenangan hidup, begitulah dengan cerita anda semua. So, bersabar lah semua yer...jaga diri, jangan main air dan jangan sampai pakai selipar lain sebelah k.....

p/sMusim-musim hujan ni, mesti semua malas nak keluar rumah kan. Apa kata beli jer online ngan LH. nanti saya update stok terbaru yang saya borong baru- baru ni. Hasil borongan bersama anak- anak, senang saya waktu tu, ramai jadi tukang pikul baju ke kereta. Umie nya jalan berlenggang sambil belek baju - baju lain...heheheheheh. 


Thursday, November 14, 2013

10 Muharram

Hari ini, 14 Nov 2013 adalah bersamaan dengan 10 Muharram atau lebih dikenali dengan Hari Asyura. Kita disunatkan berpuasa pada hari ini, dan untuk tidak mengikut seperti amalan yahudi, nabi kita berpesan agar disertakan sekali puasa pada 9 dan 11 muharram. Tetapi tidaklah menjadi masalah sekiranya kita hanya berpuasa pada hari ini. 
Besar harapan agar Allah mengampunkan dosa- dosa lalu hingga ke tahun hadapan, berkat amalan berpuasa pada hari ini. 

Selain dari berpuasa, kita juga disunatkan melawat anak yatim, memakai pakaian baru, belanja anak isteri/ keluarga makan dan sebagainya. So, saya dan team Lovely Heritage sedikit sebanyak cuba amalkan mana yang termampu. 

Hari ini saya pakai pakaian baru, sepasang abaya dari dubai, hadiah harijadi saya dari si suami. Selesanya berabaya sebab materialnya berbeza dengan jubah biasa. Tak panas pun walaupun kelas saya berterusan dari pagi hingga ke lewat petang. Saya lebih selesa memilih potongan princess dan diserikan dengan sedikit hiasan. Lebih praktikal untuk saya bergerak bebas. Ini gambar saya berabaya di Lovely Heritage....mana cantik?? Abaya, Lovely heritage, atau saya? hahahhahaha.....gurau saja k. 


Oh ya....ada produk baru di Lovely Heritage tau....saya namakan fabrik warisan. Jengah- jengah lah page fb saya untuk tengok. Kainnya sangat selesa, design yang cantik dan warna yang menarik. Ada lagi yang belum diupdate, tengah- tengah ambil gambo, bateri penat ler pulak....

p/s: mana mau makan untuk belanja anak- anak hari ni? 

Sunday, November 10, 2013

Pantun warisan...

Ada sesiapa suka berpantun? Orang kata, orang melaka terror berpantun. betul ker? mungkin juga kot...Waktu majlis pertunangan saya dulu, jenuh juga nak jawab pantun dari pihak lelaki, orang Melaka. Tapi as usual, family saya rileks jer. Tak gheti berpantun, kita cakap terus terang. Sebabnya, tujuan utama majlis bukan untuk berbalas pantun. ;)

Sebenarnya kan, saya ni dikira suka membaca pantun dan sajak waktu kecil-kecil dahulu. Habis buku-buku abang dan kakak saya baca. Seingat saya, waktu saya darjah empat, saya volunteer untuk dendangkan sajak Rumah kecil ditepi sawah. Meremang bulu roma, itulah komen ketua pengadil masa saya diumumkan sebagai pemenang. Sejak dari itu, saya selalu dipilih untuk mewakili sekolah dalam apa juga pertandingan. Waktu tu, hentam sajalah labu. Mana ada masa nak segan- segan atas pentas. Mana ada masa nak segan- segan hafal kuat- kuat depan orang. Ohhhhh.....'segan sungguh' saya dengan saya yang dulu sebab tak gheti segan! Sekarang ni...hohohohohoho, susahnya nak cakap depan orang ramai sebab dah kenal erti segan. ;) 

Hingga kini, saya tetap suka membaca pantun, tak kira lah pantun warisan ataupun lawak. Seninya tetap ada, meluahkan pelbagai nasihat dengan cara tersendiri. Hari ini, saya membaca buku anak- anak yang terdapat di Lovely Heritage. Dibelakang covernya, terdapat pantun yang sungguh dalam maknanya....

Betul tak apa yang pantun tu kata? Sebab itulah orang tua- tua kata disebalik setiap kejadian ada hikmahnya. Dan kita sebagai umat Islam wajib percaya kepada qada dan Qadar. Segala pengalaman hidup sama ada susah atau senang, gembira ataupun duka, hebat mahupun jatuh terduduk, itulah yang membentuk siapa kita diakhir hayat kita. Sementara melalui proses itu, kitalah yang memilih bagaimana untuk bertindak dengan keadaan yang menimpa. Allah kan Maha Penyayang, berbaik sangka lah ketika kita diuji. :)

Sesiapa pun di dunia ini pasti diuji. So.....? Usah gusar, teruskan sahaja perjalanan hidup kita.Kalau hari ni kita tersilap, takkan seumur hidup kita akan tersilap. Kalau hari ini kita kesempitan harta, takkan mungkin setiap saat hingga ke hujung nyawa kita kesempitan harta. Kalau hari ini kita tak bahagia, takkan mungkin tiada bahagia di hari esok. Tapikan, mungkin kita akan terus menerus silap, tak bahagia ataupun kesempitan sekiranya kita tidak didik jiwa kita untuk bersyukur dan berusaha. Semuanya bergantung kepada kita. Bak kata Prof Muhaya, dunia dalaman menentukan dunia luaran kita. Untuk menjadikan dunia dalaman kita kuat dan bahagia, ada banyak caranya. Bab itu, kena tengok Tanyalah Ustaz atau Ustazah, tak pun dengarlah radio Ikim. Sekurang-kurangnya kita dah pun menggunakan nikmat mata dan telinga, itukan tanda kita bersyukur.... tul tak?. ~ saya juga sedang diuji sekarang ini, aduhaiiiii....erkkssss~

Hmmmmm, ni apa hal ni. Blog jual baju dah jadi blog motivasi. Hehehhehe, maafkan saya yer, saya ni memang macam gini. Suka bermotivasi dengan kata- kata terutamanya dengan anak murid saya yang dah besar panjang dan sedang mencari identiti. Tak dapat berkata- kata (kerana tiada yang nak buat appoinment untuk jumpa hari ini) menulis lah pulak kat sini. Saya percaya, selain ilmu yang saya curahkan kepada anak bangsa, saya juga perlu nasihat menasihati mereka ke arah kebaikan. Buat pencen akhirat kata orang. Untuk pencen dunia plak, apa kata korang klik kat mana- mana barangan Lovely Heritage, pastu order yer. Andai barangan itu memang jodoh milik anda, pasti ianya milik anda.  Anda dah jumpa milik anda di Lovely Heritage? Ya Allah, kan banyak barang kat situ, mesti ada sesuatu untuk anda. Jangan malu- malu nak membelek yer. :)

Salam kasih sayang dari Lina LH.


Tuesday, October 29, 2013

Dot Dot Polkadot



Sewaktu saya kecil dahulu, saya ada sepasang baju kurung cotton bercorak polkadot. Mak yang jahitkan, untuk saya pakai pergi mengaji. Coraknya ala ala begini

Sewaktu guru mengaji suruh baca sendiri sebelum turn tiba, saya sering meneliti dot dot di baju. Saya akan kaji patterrn dot dibaju hingga ralit dibuatnya. Kuning hijau merah biru kuning hijau merah biru kuning hijau merah biru, pastu cari titik pertemuan untuk dapatkan segiempat, segitiga dan entah apa lagi. Selalu jugak ler kena sergah sebab dikhuatiri saya mengelamun :) 
Saya rasa, dari situlah saya mula mengenali pattern dimana ianya sangat penting dalam matematik dan komputer sains, dua bidang degree yang saya ambil sewaktu undergraduate. Tak sangka, kajian kanak- kanak di baju polkadot jahitan mak menyebabkan saya mudah faham mengenai algorithm, pascal triagle dan series. Tapi sekarang, hampehhhhh.....tak ingat pun analogi yang saya reka untuk menerangkan teori di atas kepada rakan sekelas. 
Sebenarnya kan, kalau kita kaji senibina islam, repeat pattern is a key of architecture. kalau tak caya, cuba perhatikan betul- betul. Satu bentuk geometri diulang- ulang sehingga menjadi satu dimensi yang hebat. Agak- agak apa kaitannya dengan hidup kita? Mungkin pelbagai tafsiran dapat kita ungkaikan. Terserah kepada corak pemikiran kita untuk dilihat dari segi positif ataupun sebaliknya. 

Tahukah anda, dalam banyak2 barang di Lovely Heritage, ada juga terselit beberapa corak polkadot. Saya suka perhatikan tudung- tudung polkadot, nampak seperti ada ceritanya tersendiri. Tidaklah terlalu dot dot hingga kita pening. :)

Disini saya sertakan gambarnya......( cikgu cikgu, sila beli yer, mana tahu ada anak murid yang faham pelajaran hari tu disebabkan dia telah melakukan senaman minda untuk recognise pattern... hanya dengan melihat tudung cikgunya.....hehheheheh)


Fabrik kosong dari lycra, fabrik dot dari chiffon. Cantik dan kemas bukan?. Apatah lagi jika anda yang memakainya. Kalau dah berkenan, rebutlah peluang diskaun yang saya nak kasi ni....hanya RM 30 sehelai. Sah sehingga hari jadi saya menjelma.....ehhhh bila tu? Minggu depan! 5 Nov 2013. So apa lagi Sms saya kat 013 6132853. :)






Monday, October 28, 2013

Kenangan semalam

Selepas menutup kedai hari ini, kami ke Dataran 1 Malaysia. Lama sudah tidak ke situ. Anak- anak mahu hirup udara petang di pantai sambil 'melawat kawasan'. Sebenarnya, kami mempunyai satu lagi cabang perniagaan iaitu Kepak Ayam Winglicious (KAW) dan salah satu kiosnya beroperasi di situ setiap hujung minggu. ~ klik sini http://winglicious.blogspot.com. ~

Sewaktu disana, teringat pula susah payah ketika beroperasi dengan keadaan yang serba sederhana. sayu pula hati....hehehehhehe. 



Gerai Lovely heritage terletak di antara bas Merah dan bas yg satu ni...



Sekarang ni, hanya kepak ayam Winglicious sahaja yang beroperasi di lokasi ini. Jemput lah datang untuk menjamu selera kepak ayam kami.....pasti anda mengepak lepas tu! hehehhehe.

Ni dia Kepak Ayam Winglicious atau nama manja yg baru kami berikan ... 'KAW' :)


untuk tempahan samaada ayam yang telah diperap atau dibakar, atau nak order rempah perapan, boleh hubungi nombor ini, 019 2144937. maaf ya, aroma bau nya tidak dapat kami attach kan disini, kena mampir baru boleh ambil bau nya....hehehehe




Sunday, October 27, 2013

Heritage games @ dam ular


Anda kenal dengan board game ni? sungguh nostalgia kan....? Dulu- dulu saya selalu main dam ular ni dengan kawan- kawan. Tapi dam ular kertas jer, asyik lah terkoyak, tak pun hilang dari pandangan mata.

Yang uniknya, dam ular ini diperbuat dari kayu dan berasal dari Australia. Kami perolehinya dikedai menjual barang terpakai dengan harga RM 5 sahaja. 

Ianya menjadi salah satu koleksi mainan tradisional kami sekeluarga dan kini ditempatkan di Lovely Heritage. Anak- anak suka bermain sesama sendiri dan kadang- kadang mengajak saya bermain bersama. Di waktu itulah, seringkali saya menasihati mereka mengenai laluan hidup di dunia. Kadang- kadang kita diberi rezeki dengan mudah ( dapat naik tangga) lalu kita gembira. Kadang- kadang kita diuji dengan ujian ( kena telan dek ular) lalu kita sedikit tersentap. Tapi tak semestinya bila kita di'telan ular', kita tak berupaya untuk menjadi orang pertama yang sampai ke no 100. Tak semestinya yang selalu naik tangga tu akan mendahului yang lain. Juga mungkin ianya menjadi batu loncatan untuk menjadi juara! Apa-apa pun, kita kena teruskan sehingga habis. Baru kita tahu naik turunnya emosi kita dalam menghabiskan sesuatu pekerjaan. Segala yang berlaku ada hikmahnya. 

Sungguh.....Allah mentarbiah kita dengan cara yang berlainan. Sesekali kita diuji dan sesekali kita diberi  rezeki lebih dari biasa. Teruskan sahaja perjalanan kita sehingga kita sampai ke destinasi yang abadi. 

Salam kasih sayang dari Lina LH :)

Saturday, October 26, 2013

Resepi Laksa Johor

Biasanya hujung minggu begini, saya mengambil kesempatan untuk memasak lauk-lauk best buat suami dan anak- anak. Kalau tidak memasak di dapur, kami 'masak' di restoran orang.  Pagi tadi, suami membeli bekalan makanan seminggu di pasar, mudah katanya bila semuanya dah ada. Seronok bila tengok penuh fridge dengan makanan sihat untuk seisi keluarga. Alhamdullilah...
Sedang berkira-kira nak masak apa untuk tengah hari ni, tekak macam teringin nak makan laksa Johor. Bila tengok pada bahan, semuanya cukup....so apa lagi, sinsing lengan ler si lina LH ni. Kat sini saya share kan resepi laksa johor mengikut citarasa saya. Ori atau tidak, tak menjadi masalah bagi saya. yang penting seisi keluarga enjoy keenakkannya sehingga menjilat sudu dan garfu. ~ dan saya asyik mengulang makan ajer sejak tadi...huhuhuhuh~

Resepi Lovely Laksa Johor by Lina LH:

A. Sphagetti ( 2 bungkus untuk 10 org makan- seisi keluarga saya dan juga anak- anak jiran yang menjadi teman sepermainan anak saya)
-rebus didalam air yang mendidih
-letakkan sesudu garam dan minyak masak untuk tidak melekat
- sesudah lembut, toskan dan lalukan air sejuk 

B. Bahan kuah laksa
ikan parang/ tenggiri (biasanya saya guna seekor ikan parang atau 4-5 ekor tenggiri sederhana besar
-rebus, kemudian ambil isinya
 
bawang kecil 5-7 ulas
bawang putih 4-7 ulas
serai 1 batang
halia  setengah ibu jari
udang kering secubit dua
ketumbar, jintan manis, jintan putih  (satu sudu- rendamkan dengan air panas)

- blend kan kesemua bahan diatas, setelah hancur, blend semula bersama isi ikan.

lada giling/cili boh
santan 2 kotak
bunga kantan
daun kesum
asam keping
garam
serbuk perasa

Cara masak kuah:
1. panaskan periuk, masukkan hasil bahan yang diblender tadi. 
- campur sedikit air, tak perlu banyak sangat kerana laksa johor biasanya dimakan dengan kuah yang agak pekat.
2.Campurkan lada giling, kacau hingga sebati
3. masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping
4 setelah mendidih, masukkan santan.
5. masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
6.  kacau sehingga semuanya sebati.

C. Sambal belacan
5 batang lada basah warna merah
sedikit belacan
- tumbuk atau blend

D. Bahan ulaman
limau kasturi
bawang besar dihiris-hiris
daun kesum atau daun pudina dihiris

Ada orang letak taugeh, kacang panjang, dan sebagainya. terpulang lah nak letak apa, asal habis dimakan. 

Alahai....gambo tak der lah pulak. Takperlah, u olls imagine ajerlah apa rupa laksa johor tu.  kalau tak dapat imagine, korang buat dan rasa, pasti berbaloi-baloi. Memang jadi lovely mummy lah hari tu...hehehhehehehe. 

lagi satu, jangan lupa, masaklah dengan kasih sayang dan sentiasa berselawat tak kira waktu memotong mahupun menumis. Nak lagi best, masaklah bersama pasangan anda sambil cerita ceriti dan bergurau senda. Buat- buatlah terlanggar badan sedangkan dapur tu masih luas. hehehehehehe....seronokkkkk! kalau tak caya, pergi buat. ;)