Pages

Sunday, May 13, 2012

Salam perkenalan buat semua, Bermulalah satu episod baru dalam hidup saya, ingin mempelajari satu ilmu- ilmu berniaga, serpihan dari mengkagumi sahabat Nabi SAW iaitu AbdulRahman bin Auf dan juga menantu baginda, Saidina Uthman bin Affan. Emosi sedikit terpukul ketika membaca sejarah Perang Tabuk di mana yang kaya harta menyumbang harta ke jalan jihad, yang kaya jiwa menyumbang tenaga berjihad dan yang lemah tiada berdaya menangis teresak-esak datang kepada Rasulullah saw meminta kendaraan untuk berjihad. Saya tidak mahu tergolong dalam kumpulan al-Buka‘un (orang-orang yang menangis) walaupun ianya tetap mulia di sisi Nabi.

No comments:

Post a Comment