Monday, September 2, 2013
Impian menjadi kenyataan
Pejam celik pejam celik, sudah setahun berlalu. Banyak yang berlaku dalam hidup saya sepanjang setahun lalu. Hasrat hati untuk belajar berniaga tak kira secara online atau pun offline telah tercapai. Walaupun hanya kecil-kecilan. Saya memilih bidang fesyen iaitu menjual pelbagai jenis baju dan tudung.
Ianya bermula dengan nama LadyBakh bersempena nama suami saya, Bakh. So saya sebagai isterinya harus dikenali sebagai LadyBakh. :) Selain menjual di blog dan fb Ladybakh, saya juga join venture bersama kaka ipar saya (Sentuhan Kapas) untuk buka booth di Pasar Ramadhan berhadapan KipMart di Johor Bahru. Hmmm, jauhnya, saya di Melaka tapi buka booth di Johor. Tak fikir apa pun masa tu, just buat sahaja. Habis dari situ, saya pun tak tahu nak buat apa sehingga lah pada suatu hari, hati ni teringin sangat nak ke Vietnam. So apa lagi, terus booking tiket ke sana, pergi berdua dengan En suami pada bulan Jan 2013. Dalam pada itu, saya sendiri tidak pasti hala tuju saya...huhuhuuh sadis sungguh! Seminggu sebelum saya berangkat ke Vietnam, entah macam mana saya dapat tempat berniaga lot gerai di Dataran 1 Klebang, Melaka. Waktu itu saya masih lagi bernaung atas nama syarikat suami. So, pergilah kami berlepas ke Vietnam berbekalkan sedikit duit simpanan dan perasaan berani tapi blurrr!
Hari pertama membuka gerai ialah pada 24 Jan 2013 bersempena Maulidur Rasul. Gerainya hanya beroperasi hujung minggu sahaja. Dan barang-barang diangkut pergi dan balik setiap kali beroperasi. Waktu tu tak fikir susah kerana saya betul-betul mahu berniaga. Segalanya saya harungi. Anak-anak diangkut ke sana tak kira hujan mahupun terik. Seingat saya, dari hujung bulan Jan sehinggalah awal bulan Mei, setiap kali hujung minggu ke situlah kami anak beranak beroperasi. Puas sudah kami menahan terik mentari, berhujan ribut, bermandi pasir dan pelbagai lagi. Tapi itu semua tidak menjadi kudis buat saya. Dalam pada itu, entah bagaimana timbul perasaan yang kuat untuk menempah tiket sekali lagi ke Vietnam. Kali ini dengan anak-anak pula. Haiiiii......apalah nak jadi dengan saya ni yer...!!! Waktu itu, saya tidak hiraukan apa pun. Bagi satu, kalau tidak kepada business trip, itu akan menjadi leisure trip kami sekeluarga.
Seminggu sebelum kami berangkat ke sana, saya mendaftar syarikat sendiri atas nama Lovely Heritage. Ianya berlaku sepantas kilat di hari Jumaat yang mulia. Keesokkan harinya, entah bagaimana saya saja-saja melawat satu kawasan yang dahulunya terbiar. Saya berkata kepada suami, 'kan elok kalau kita ada kedai yang sewanya murah...buat kita berniaga dengan lebih selesa'. Agak-agak apa kata En suami...???? Mestilah katanya....' mana ler ada kedai yang murah, paling korok pun seribu lebih. Saya pula dengan yakinnya menjawab, 'mesti ada, kalau Allah dah kata itu rezeki kita, tetap rezeki kita. Mana tahu ada kedai yang sewanya cuma 5 atau 6 ratus....' Dalam pada itu, saya ternampak sign board 'kedai untuk disewa'. Sepantas kilat saya suruh en suami menelefon and YES!!!!! sewa kedai tu xxx sahaja. Seeeeeeeee....kuasa Allah tiada siapa dapat melawan. Maka dengan itu, kami bersetuju untuk menyewa dan walllahhhhhh berniagalah kami di kedai yang lebih selesa. Mudah untuk anak-anak, mudah juga buat kami. :)
Alhamdullilah.....
Ok, nanti saya update lagi yer. Ini baru intro ajer tau... hehhehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment