Pages

Friday, September 27, 2013

Aktiviti LH di hari jumaat

Biasanya, setiap hari Jumaat, LH akan dibuka sehingga jam 10 malam. Ini kerana mengambil peluang  berniaga sempena pasar malam di hadapan premis kami. Dan biasalah, dapur kami ditutup setiap hari jumaat. Anak- anak bebas memilih apa yang mereka mahu makan/ beli dengan peniaga di sana. Begitulah antara cara kami berkongsi rezeki dengan yang lain. Ingat tau, setiap hari jumaat ada pasar malam di Taman Limbongan Permai. Juga, kepada para bakal pengunjung negeri Melaka, terdapat banyak homestay disekitar sini, termasuk hotel yang baru sahaja dibuka....sebelah ajer ngan kedai kami. Singgah LH tau nanti.....

Sunday, September 22, 2013

Business card yang baru

Sebaik sahaja kami mula beroperasi di premis tetap, business card yang lama pun dah nak dekat habis. So, memang elok ajer timing nya. Ada pulak promotion waktu tu, lagi lah menambah ummmppphhh kuasa dua. pening nak pilih design yang effective. last- last pilih yang ni ajer lah, siap ada simbolik feature lagi.....ada sesiapa boleh teka apakah symbolic feature tu?


Kepada yang datang ke kedai dan menjadi pelanggan online, kami akan sertakan business card ni didalam setiap bungkusan. Dan ini pula beg bungkusan buat pelanggan kami. Alamak.....stok dah tinggal sikit dan kami masih lagi dalam proses mencari yang cantik- cantik, khas buat pelanggan kami :)




Antara yang menggamit kalbu si jelita



Inilah antara yang menjadi barangan dagangan Lovely heritage. Pelbagai sudut diperuntukkan untuk para pelanggan melihat, meninjau, memilih dan membeli. kadang- kadang, saban minggu kami mengubah kedudukan untuk mencari kesesuaian semua.

Disini, kami ada section kanak- kanak, tudung, baju kurung, jubah dan pelbagai aksesori. Terdapat juga sudut untuk para pelanggan melepaskan penat sambil menunggu yang lain membuat pilihan. Terdapat beberapa perancangan yang telah disusun untuk penambaikkan seperti memasang kaca cermin di pintu masuk dan menyediakan penghawa dingin, cuma masa belum menentukan. Tunggu u ollssss ramai2 datang kot, baru boleh laksanakan :)

 
Pelbagai jenis tudung silih berganti stok. Untuk membeli secara online, boleh rujuk ke http://butiklovelyheritage.blogspot.com/p/tudungselendang.html





Pelbagai baju kurung sama ada bermanik mahupun yang polos. Untuk membeli secara online, rujuk ke http://butiklovelyheritage.blogspot.com/p/baju-k.html
 

 
Jubah juga terdapat di Lovely Heritage. Sebahagiannya di muatkan di bahagian pembelian online. Boleh rujuk ke http://butiklovelyheritage.blogspot.com/p/jubah.html
 


 
Ini kaunter khas untuk anak perempuan saya, Maryam. Beliau meletakkan pelbagai aksesori disini.
 
 
Untuk blouse, pembelian secara online boleh dibuat di http://butiklovelyheritage.blogspot.com/p/blouse.html
 
 




Kebaya nyonya juga boleh di dapati di sini. Untuk membeli secara online, sila ke http://butiklovelyheritage.blogspot.com/p/kebaya-nyonya.html
 


Salah satu tempat mencuba tudung.




Saturday, September 21, 2013

Sudut rehat dan bacaan

Membaca memang sudah menjadi resmi kami sekeluarga. Pelbagai bahan sama ada berbentuk ilmiah formal, keagamaan, leisure dan sebagainya terdapat di kediaman kami. Penuh sudah setiap sudut dan ruang di rumah dengan lambakan bahan bacaan. Semestinya saya sayang setiap satu bahan bacaan yang memberi ilmu kepada kami sekeluarga.

Hari ini, saya membawa sedikit majalah untuk diletakkan di sudut rehat Lovely Heritage khas buat pengunjung dan pekerja, terutamanya saya ler. Ada majalah anjung Seri dan Impiana yang saya beli sejak tahun 1999 lagi hingga kini. Juga terdapat majalah Solusi dan majalah fesyen. best tau membaca ni..... jom ke lovely heritage, sambil shopping sambil mencari ilmu.










Thursday, September 19, 2013

Kalau bukan Lovely Heritage....

Ingat tak entri saya mengenai pencarian nama kedai/ syarikat? Terjumpa lah pulak buku conteng ketika saya sibuk mencari nama. Macam- macam keluar, asal dapat idea jer, saya tulis. Biasalah masa menulis tu, kira itulah yang paling best dan sesuai untuk dipilih. Tapi kalau dah bukan jodoh, tak lama lepas tu mesti akan ada rasa tak kesesuaiannya. Maka sebenarnya itu bukan pilihan yang tepat. Begitulah juga dalam apa sahaja yang kita mahu lakukan dalam hidup kita.

Tapikan, saya masih lagi suka nama Srikandi Malaya dan Warisan Srikandi. Macam gahhhhh ajer namanya. Baru real jual baju untuk superwomen macam kita semua...,.kan???? Tak per lah, mana tahu nanti akan ada cabang perniagaan baru untuk saya, akan saya letakkan nama tu supaya pelanggan yang masuk akan feel strong and powerful enough to lead the world! Ada brannnn?? :)


Tuesday, September 17, 2013

Hari pembukaan Lovely Heritage

Tara...tara....tara......pada 31 May 2013 bersempena hari Jumaat, kami pun mula beroperasi. Terima kasih kepada yang datang ke Lovely Heritage. Agak kelam kabut juga waktu tu, maklum lah pengalaman hari pertama buka kedai kan.....semuanya pasti tersimpan rapi dingatan kami (itu sebab kena ada blog, boleh saya simpan memori disini kan....)

Antara gambar candid yang ditangkap oleh suami dan anak- anak. 






 

Dekorasi awal

Haaaa.....ini dekorasi asal dimana waktu masa kami agak terhad. Dengan kerja, sekolah anak- anak, trip ke oversea dan pelbagai lagi yang terjadi waktu tu, kami set up ajer lah dengan apa yang termampu. Semuanya kami buat sendiri. Eh silap, ada juga yang tolong, tolong angkat barang dari lori ke kedai. Terima kasih buat encik- encik semua :)

 

Apa temanya....

Pernah tak dalam hidup anda, anda nak sesuatu, tapi bila dah dapat, anda tak tahu nak buat camno.....? Haaaa....itulah yang berlaku pada kami. Dulu waktu berangan, bukan main lagi.Macam- macam dekorasi kedai dan butik di telaah, tapi bila dah dapat kunci, terus blank. Pakai hentam saja letak barang sana sini. 

Andai saya tahu yang dalam perjalanan hidup saya, saya diberi peluang berniaga dalam bidang fesyen seperti ini, pasti sudah tebal buku perancangan saya. Tapi tak per, yang pasti, setiap kali ber window shopping, saya akan lihat kepada suasana dan dekorasi kedai tersebut. At least, gambaran telah ada di minda saya. 

Sewaktu di USA, saya suka ke Butik Victoria Secret, Sweet Hobby, JC Penny, Ozark dan banyak lagi lah. Di Canada pun begitu. Sewaktu ke London, saya rasa sungguh teruja melalui Oxford street,kebetulan waktu tu mereka nak sambut new year. Tatkala memandang ke luar jendela dengan cuaca sejuk dan lampu- lampu menghiasi jalan....ohhhhhh sungguh tidak akan saya lupakan. 

Begitu juga ketika kami ke Spain, mereka pandai mencipta suasana dalam kedai mereka, di tambah pula dengan reka bentuk kedai di bangunan lama. Memang ada kelainan. Tak kurang juga ketika kami ber shopping sakan di Bandung. Pada siapa yang dah pergi, pasti mereka faham apa yang saya maksudkan. Rumah lama yang di tukar menjadi butik dan setting butik mereka sangat menyeronokkan, walaupun jual baju2 biasa sahaja. Tapi ada juga kedai yang normal dan saya dah tak ingat pun. hehehhehe...Kalau di Vietnam, saya suka ke Hong Ann butik dan Cotton House sebab macam best jer setting kedai nyer. 

Lepas ni, setiap kali travel ke luar negara, pasti saya akan kutip suasana yang tercipta di premis perniagaan masyarakat di sana. Tapi kan, di dalam negara kita pun tak kurang hebatnya. Banyak butik- butik yang menyediakan suasana kepada pelanggannya. Cuma nya nak masuk ngan tidak ajer lah..kannnn...kannnn...kannnnn. Takut mahal....kan??? hehehhehe, itu saya, u all ok jer. 

Ini gambar yang sangat sadis ketika kami memasukkan barang. Kosong...kosong...kosong.... Itu yang buat saya decide untuk pilih tema. Kalau tidak seperti premis-premis yang saya suka kunjungi suatu ketika dulu, at least kena proper ler sikit untuk saya hilangkan streesss atau penat selepas bekerja. Dan yang penting, biarlah customer- customer saya rasa seronok dengan suasana yang bakal tercipta.  So....apa temanya?? Hentam sajalah, gunakan apa yang kita ada.  Itulah temanya :)


 

Allah Maha Mendengar

Tak lama lepas berangan jadi tauke butik ngan anak- anak, entah bagaimana kami lalu di kawasan yang agak ke dalam sikit dari jalan besar. Tahun lepas, kami pernah pergi ke sini gara- gara mencari tempat untuk dijadikan pejabat suami. Waktu tu, tempat ni agak terbiar. Saya pernah beristikharah dan  dapat gambaran yang saya akan menyewa disini. Tapi suami kata agak besar modal untuk baiki, so saya ikut saja kata suami. 

Kali ini, saya lihat sudah ada hotel, kedai 1 Malaysia Limbongan dan pejabat SPNB cawangan Melaka. agak terkilan jugak sebab waktu dulu kami tak grab untuk menyewa disini. Tapi tak per, saya akur. Benda pun dah lepas. Saya kata pada suami, seronok nya andai kata ada terjumpa premis perniagaan yang sewanya affordable untuk starting. Tapi suami kata paling korok pun seribu lebih sewanya. Dalam pada itu, saya ternampak sign board kedai untuk disewa sederet dengan hotel tersebut. kami pun call, buat temujanji untuk lihat condition kedai dan straight close deal. Bende tu berlaku sepantas kilat, amat mudah dan tiada hankie pankie dari owner. The best thing is semua yang rosak telah dibaiki dengan sempurna plus ada penambahan ruang belakang lagi. Alhamdullilah.....


Hotel Strait Settlement Inn

Tauke ( love u tauke...)


 

Nak jugak buka butik.....

Hehehehhe.....yang ni paling kelakar. Suatu hari tu, ribut pasir melanda kat pantai. Habis khemah patah riuk, so kami ambil keputusan untuk bawa pulang rak pakaian dan hanger. Nasib baik barang jualan memang kami angkut pergi dan balik. Alah, waktu tu tak banyak pun yang ada, setakat 3 rak jer. Penuh barang dalam kereta waktu tu. Anak- anak memang dah diajar untuk 'squeze and find your own position' dalam kereta yang penuh barang. Banyak jasa anak- anak kami dalam kami belajar berniaga ni. Semoga Allah memurahkan rezeki mereka dan terangkan hati mereka dengan ilmu- ilmu bermanfaat supaya mereka menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Aminnnn....

Bila kat rumah tu, saya pening tengok bende berlonggok. So, apa lagi....ter rajin ler pulak nak mengemas. Kami pun berangan lah set up butik sendiri di ruang tamu rumah kami. Habis berkemas, kami main jual beli olok- olok. Sorang jadi tauke, sorang jadi cashier, sorang jadi pelayan, sorang jadi customer yang asyik minta murahhhhh jer, sorang jadi pemerhati sambil tengok tv (dilakonkan oleh suami tercinta yer, harap maklum). 

Nak dijadikan cerita, ada ler pulak customer call nak tengok barang. Hokey saja waktu tu. Dan terbit pulak rasa best semacam kalau set up ala butik. So, saya suarakan hasrat hati kepada suami. Katanya, kalau ada rezeki, insyaAllah boleh. 

Haaaa....inilah butik in DHouse kami waktu tu. Dari bersepah- sepah, baiklah 'berangan'. Mana tahu jadi kenyataan kannnn.....








 

Melangkah ke tahap seterusnya

Seterusnya, awal tahun 2013, rezeki dari Allah, kami mendapat tempat di lot gerai di Dataran 1 Klebang. Kami berniaga di sana setiap hujung minggu. Rasa lah jugak penat lelah angkut barang dalam beg,susun- susun pastu hujan turun....heheheheh. Waktu tu kan musim hujan. Apa nak buatttt....tapi tak per, gagahkan jugak hati yang kejap berani kejap kecut ni :)

Ini gambar sekitar kami beroperasi di sana. Pastinya tidak akan kami lupakan kerana setiap perkara mesti ada permulaannya, dan ini adalah antara permulaan kami. Ada sesiapa yang membaca entri ni pernah singgah ke gerai saya? Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan kerana anda merupakan  antara teras kekuatan perjuangan kami. 

Pernah juga terlintas di fikiran saya, dari penat dan berpanas tu, baiklah duduk kat rumah tengok astro sambil lepak-lepak kat bilik yg ada aircond. Gaji pun dah ok, kerja pun best....apa lagi nak??? Hehehehhe.....kecil sungguh jiwa saya ketika itu! Fikir hanya sekadar untuk diri sendiri tanpa memahami apa yang Nabi kita anjurkan. Tak perlah, sekarang ni pun masih lagi dalam proses belajar dan memahami...saya maafkan diri saya yang lama :)

 
 
 
 


 

 

Bermula dengan Ladybakh

Tahun lepas, kami bermula dengan suka-suka. Kebetulan kakak ipar saya membuka booth di bazar Ramadhan, so berkongsi lah kami dengannya. Nanti saya akan buat entri khas mengenai perniagaan Sentuhan Kapas kakak ipar saya ni. Sabau...kata orang Melaka :)

Inilah antara photo yang sempat saya rakam kan.



Kami menjual barangan perhiasaan wanita, baju kurung dan jubah, tudung serta barangan Tupperware. Tapi yang sedihnya, saya hanya dapat menjaga booth itu sehari dua sahaja disebabkan tuntutan masa dan jarak. Tak banyak yang dapat saya pelajari sekiranya 'sub' kepada orang lain, so bermula dari situlah saya tanam niat untuk involve sepenuhnya dengan apa yang sama mahu pelajari iaitu berniaga. :)
 

Monday, September 16, 2013

Mengapa bidang fabrik?

Dari dulu hingga sekarang, saya suka melihat- lihat kain baju yang dijual di merata tempat. Dari situ, banyak benda yang saya lihat dan kaji. Dari segi warna, kualiti fabrik, fesyen dan sebagainya merupakan antara elemen penting dalam pemakaian harian bagi setiap wanita. Saya rasa mungkin semua wanita pun begitu, kan....?

Secara personal, saya sangat suka dengan baju- baju warisan Malaysia seperti baju kurung, kebaya, kebaya nyonya dan sekarang ni jubah. Walaupun saya kurang memakai baju  lain selain baju kurung dan jubah, keseniaan dan tradisi baju warisan sangat saya kagumi. Terasa sopan dan ayu pula bila melihat wanita berbaju warisan ni.

Waktu saya melanjutkan pelajaran di luar negara, saya masih lagi mengenakan baju tradisi sekiranya cuaca mengizinkan. Sewaktu convocation degree dan master, saya sangat berbangga menyarungkan sepasang baju kurung di sebalik jubah convo. Bagi saya, itulah antara warisan yang saya patut pelihara dan tonjolkan di mata dunia. 

Ini saya suatu ketika dulu. Sejuk bukan kepalang, tapi tidak menjadi sebab untuk saya tidak berbangga dengan apa yang menjadi warisan negara kita :)


 ~Pernah saya ditegur oleh cleaner tempat saya bekerja kerana mereka hairan mengapa saya selalu berbaju kurung, tidak menggambarkan luusan luar negara pun...hehehheheh ~

Oleh itu, saya pun belajar lah berniaga dengan apa yang saya suka iaitu kain baju. tak kisah lah walau kecil- kecilan kan...? 


Friday, September 13, 2013

Di sebalik nama Lovely Heritage

Lovely Heritage.....aahhhh, seronoknya hati saya setiap kali menyebutnya. Terasa ada suatu aura yang melekat dihati. Bagaimana boleh tercetusnya nama Lovely Heritage? Selama berbulan saya mencari idea tentang nama company, berbulan jugalah saya beristikharah meminta ilham. Pelbagai nama di sebut dan ditulis tetapi tiada satupun lekat di hati. Saya akur bahawa masanya belum sampai. Sehinggalah suatu pagi ketika saya minum teh tarik di kedai mamak, saya ternampak perkataan Heritage (padahal di Melaka ini mana- mana pun ada perkataan tu!) Zassssss.....petik jari terus sebut LOVELY HERITAGE. :) Hari tu juga buat card dan fb page walaupun dah few month beroperasi secara kecil-kecilan. Ini adalah card saya yang pertama, ketika itu saya hanya beroperai hujung minggu di tepi pantai Klebang.

Monday, September 2, 2013

Impian menjadi kenyataan

Pejam celik pejam celik, sudah setahun berlalu. Banyak yang berlaku dalam hidup saya sepanjang setahun lalu. Hasrat hati untuk belajar berniaga tak kira secara online atau pun offline telah tercapai. Walaupun hanya kecil-kecilan. Saya memilih bidang fesyen iaitu menjual pelbagai jenis baju dan tudung. Ianya bermula dengan nama LadyBakh bersempena nama suami saya, Bakh. So saya sebagai isterinya harus dikenali sebagai LadyBakh. :) Selain menjual di blog dan fb Ladybakh, saya juga join venture bersama kaka ipar saya (Sentuhan Kapas) untuk buka booth di Pasar Ramadhan berhadapan KipMart di Johor Bahru. Hmmm, jauhnya, saya di Melaka tapi buka booth di Johor. Tak fikir apa pun masa tu, just buat sahaja. Habis dari situ, saya pun tak tahu nak buat apa sehingga lah pada suatu hari, hati ni teringin sangat nak ke Vietnam. So apa lagi, terus booking tiket ke sana, pergi berdua dengan En suami pada bulan Jan 2013. Dalam pada itu, saya sendiri tidak pasti hala tuju saya...huhuhuuh sadis sungguh! Seminggu sebelum saya berangkat ke Vietnam, entah macam mana saya dapat tempat berniaga lot gerai di Dataran 1 Klebang, Melaka. Waktu itu saya masih lagi bernaung atas nama syarikat suami. So, pergilah kami berlepas ke Vietnam berbekalkan sedikit duit simpanan dan perasaan berani tapi blurrr! Hari pertama membuka gerai ialah pada 24 Jan 2013 bersempena Maulidur Rasul. Gerainya hanya beroperasi hujung minggu sahaja. Dan barang-barang diangkut pergi dan balik setiap kali beroperasi. Waktu tu tak fikir susah kerana saya betul-betul mahu berniaga. Segalanya saya harungi. Anak-anak diangkut ke sana tak kira hujan mahupun terik. Seingat saya, dari hujung bulan Jan sehinggalah awal bulan Mei, setiap kali hujung minggu ke situlah kami anak beranak beroperasi. Puas sudah kami menahan terik mentari, berhujan ribut, bermandi pasir dan pelbagai lagi. Tapi itu semua tidak menjadi kudis buat saya. Dalam pada itu, entah bagaimana timbul perasaan yang kuat untuk menempah tiket sekali lagi ke Vietnam. Kali ini dengan anak-anak pula. Haiiiii......apalah nak jadi dengan saya ni yer...!!! Waktu itu, saya tidak hiraukan apa pun. Bagi satu, kalau tidak kepada business trip, itu akan menjadi leisure trip kami sekeluarga. Seminggu sebelum kami berangkat ke sana, saya mendaftar syarikat sendiri atas nama Lovely Heritage. Ianya berlaku sepantas kilat di hari Jumaat yang mulia. Keesokkan harinya, entah bagaimana saya saja-saja melawat satu kawasan yang dahulunya terbiar. Saya berkata kepada suami, 'kan elok kalau kita ada kedai yang sewanya murah...buat kita berniaga dengan lebih selesa'. Agak-agak apa kata En suami...???? Mestilah katanya....' mana ler ada kedai yang murah, paling korok pun seribu lebih. Saya pula dengan yakinnya menjawab, 'mesti ada, kalau Allah dah kata itu rezeki kita, tetap rezeki kita. Mana tahu ada kedai yang sewanya cuma 5 atau 6 ratus....' Dalam pada itu, saya ternampak sign board 'kedai untuk disewa'. Sepantas kilat saya suruh en suami menelefon and YES!!!!! sewa kedai tu xxx sahaja. Seeeeeeeee....kuasa Allah tiada siapa dapat melawan. Maka dengan itu, kami bersetuju untuk menyewa dan walllahhhhhh berniagalah kami di kedai yang lebih selesa. Mudah untuk anak-anak, mudah juga buat kami. :) Alhamdullilah..... Ok, nanti saya update lagi yer. Ini baru intro ajer tau... hehhehe