Secara personal, saya sangat suka dengan baju- baju warisan Malaysia seperti baju kurung, kebaya, kebaya nyonya dan sekarang ni jubah. Walaupun saya kurang memakai baju lain selain baju kurung dan jubah, keseniaan dan tradisi baju warisan sangat saya kagumi. Terasa sopan dan ayu pula bila melihat wanita berbaju warisan ni.
Waktu saya melanjutkan pelajaran di luar negara, saya masih lagi mengenakan baju tradisi sekiranya cuaca mengizinkan. Sewaktu convocation degree dan master, saya sangat berbangga menyarungkan sepasang baju kurung di sebalik jubah convo. Bagi saya, itulah antara warisan yang saya patut pelihara dan tonjolkan di mata dunia.
Ini saya suatu ketika dulu. Sejuk bukan kepalang, tapi tidak menjadi sebab untuk saya tidak berbangga dengan apa yang menjadi warisan negara kita :)
~Pernah saya ditegur oleh cleaner tempat saya bekerja kerana mereka hairan mengapa saya selalu berbaju kurung, tidak menggambarkan luusan luar negara pun...hehehheheh ~
Oleh itu, saya pun belajar lah berniaga dengan apa yang saya suka iaitu kain baju. tak kisah lah walau kecil- kecilan kan...?
No comments:
Post a Comment