Pernah tak dalam hidup anda, anda nak sesuatu, tapi bila dah dapat, anda tak tahu nak buat camno.....? Haaaa....itulah yang berlaku pada kami. Dulu waktu berangan, bukan main lagi.Macam- macam dekorasi kedai dan butik di telaah, tapi bila dah dapat kunci, terus blank. Pakai hentam saja letak barang sana sini.
Andai saya tahu yang dalam perjalanan hidup saya, saya diberi peluang berniaga dalam bidang fesyen seperti ini, pasti sudah tebal buku perancangan saya. Tapi tak per, yang pasti, setiap kali ber window shopping, saya akan lihat kepada suasana dan dekorasi kedai tersebut. At least, gambaran telah ada di minda saya.
Sewaktu di USA, saya suka ke Butik Victoria Secret, Sweet Hobby, JC Penny, Ozark dan banyak lagi lah. Di Canada pun begitu. Sewaktu ke London, saya rasa sungguh teruja melalui Oxford street,kebetulan waktu tu mereka nak sambut new year. Tatkala memandang ke luar jendela dengan cuaca sejuk dan lampu- lampu menghiasi jalan....ohhhhhh sungguh tidak akan saya lupakan.
Begitu juga ketika kami ke Spain, mereka pandai mencipta suasana dalam kedai mereka, di tambah pula dengan reka bentuk kedai di bangunan lama. Memang ada kelainan. Tak kurang juga ketika kami ber shopping sakan di Bandung. Pada siapa yang dah pergi, pasti mereka faham apa yang saya maksudkan. Rumah lama yang di tukar menjadi butik dan setting butik mereka sangat menyeronokkan, walaupun jual baju2 biasa sahaja. Tapi ada juga kedai yang normal dan saya dah tak ingat pun. hehehhehe...Kalau di Vietnam, saya suka ke Hong Ann butik dan Cotton House sebab macam best jer setting kedai nyer.
Lepas ni, setiap kali travel ke luar negara, pasti saya akan kutip suasana yang tercipta di premis perniagaan masyarakat di sana. Tapi kan, di dalam negara kita pun tak kurang hebatnya. Banyak butik- butik yang menyediakan suasana kepada pelanggannya. Cuma nya nak masuk ngan tidak ajer lah..kannnn...kannnn...kannnnn. Takut mahal....kan??? hehehhehe, itu saya, u all ok jer.
Ini gambar yang sangat sadis ketika kami memasukkan barang. Kosong...kosong...kosong.... Itu yang buat saya decide untuk pilih tema. Kalau tidak seperti premis-premis yang saya suka kunjungi suatu ketika dulu, at least kena proper ler sikit untuk saya hilangkan streesss atau penat selepas bekerja. Dan yang penting, biarlah customer- customer saya rasa seronok dengan suasana yang bakal tercipta. So....apa temanya?? Hentam sajalah, gunakan apa yang kita ada. Itulah temanya :)
No comments:
Post a Comment