Pages

Tuesday, October 29, 2013

Dot Dot Polkadot



Sewaktu saya kecil dahulu, saya ada sepasang baju kurung cotton bercorak polkadot. Mak yang jahitkan, untuk saya pakai pergi mengaji. Coraknya ala ala begini

Sewaktu guru mengaji suruh baca sendiri sebelum turn tiba, saya sering meneliti dot dot di baju. Saya akan kaji patterrn dot dibaju hingga ralit dibuatnya. Kuning hijau merah biru kuning hijau merah biru kuning hijau merah biru, pastu cari titik pertemuan untuk dapatkan segiempat, segitiga dan entah apa lagi. Selalu jugak ler kena sergah sebab dikhuatiri saya mengelamun :) 
Saya rasa, dari situlah saya mula mengenali pattern dimana ianya sangat penting dalam matematik dan komputer sains, dua bidang degree yang saya ambil sewaktu undergraduate. Tak sangka, kajian kanak- kanak di baju polkadot jahitan mak menyebabkan saya mudah faham mengenai algorithm, pascal triagle dan series. Tapi sekarang, hampehhhhh.....tak ingat pun analogi yang saya reka untuk menerangkan teori di atas kepada rakan sekelas. 
Sebenarnya kan, kalau kita kaji senibina islam, repeat pattern is a key of architecture. kalau tak caya, cuba perhatikan betul- betul. Satu bentuk geometri diulang- ulang sehingga menjadi satu dimensi yang hebat. Agak- agak apa kaitannya dengan hidup kita? Mungkin pelbagai tafsiran dapat kita ungkaikan. Terserah kepada corak pemikiran kita untuk dilihat dari segi positif ataupun sebaliknya. 

Tahukah anda, dalam banyak2 barang di Lovely Heritage, ada juga terselit beberapa corak polkadot. Saya suka perhatikan tudung- tudung polkadot, nampak seperti ada ceritanya tersendiri. Tidaklah terlalu dot dot hingga kita pening. :)

Disini saya sertakan gambarnya......( cikgu cikgu, sila beli yer, mana tahu ada anak murid yang faham pelajaran hari tu disebabkan dia telah melakukan senaman minda untuk recognise pattern... hanya dengan melihat tudung cikgunya.....hehheheheh)


Fabrik kosong dari lycra, fabrik dot dari chiffon. Cantik dan kemas bukan?. Apatah lagi jika anda yang memakainya. Kalau dah berkenan, rebutlah peluang diskaun yang saya nak kasi ni....hanya RM 30 sehelai. Sah sehingga hari jadi saya menjelma.....ehhhh bila tu? Minggu depan! 5 Nov 2013. So apa lagi Sms saya kat 013 6132853. :)






Monday, October 28, 2013

Kenangan semalam

Selepas menutup kedai hari ini, kami ke Dataran 1 Malaysia. Lama sudah tidak ke situ. Anak- anak mahu hirup udara petang di pantai sambil 'melawat kawasan'. Sebenarnya, kami mempunyai satu lagi cabang perniagaan iaitu Kepak Ayam Winglicious (KAW) dan salah satu kiosnya beroperasi di situ setiap hujung minggu. ~ klik sini http://winglicious.blogspot.com. ~

Sewaktu disana, teringat pula susah payah ketika beroperasi dengan keadaan yang serba sederhana. sayu pula hati....hehehehhehe. 



Gerai Lovely heritage terletak di antara bas Merah dan bas yg satu ni...



Sekarang ni, hanya kepak ayam Winglicious sahaja yang beroperasi di lokasi ini. Jemput lah datang untuk menjamu selera kepak ayam kami.....pasti anda mengepak lepas tu! hehehhehe.

Ni dia Kepak Ayam Winglicious atau nama manja yg baru kami berikan ... 'KAW' :)


untuk tempahan samaada ayam yang telah diperap atau dibakar, atau nak order rempah perapan, boleh hubungi nombor ini, 019 2144937. maaf ya, aroma bau nya tidak dapat kami attach kan disini, kena mampir baru boleh ambil bau nya....hehehehe




Sunday, October 27, 2013

Heritage games @ dam ular


Anda kenal dengan board game ni? sungguh nostalgia kan....? Dulu- dulu saya selalu main dam ular ni dengan kawan- kawan. Tapi dam ular kertas jer, asyik lah terkoyak, tak pun hilang dari pandangan mata.

Yang uniknya, dam ular ini diperbuat dari kayu dan berasal dari Australia. Kami perolehinya dikedai menjual barang terpakai dengan harga RM 5 sahaja. 

Ianya menjadi salah satu koleksi mainan tradisional kami sekeluarga dan kini ditempatkan di Lovely Heritage. Anak- anak suka bermain sesama sendiri dan kadang- kadang mengajak saya bermain bersama. Di waktu itulah, seringkali saya menasihati mereka mengenai laluan hidup di dunia. Kadang- kadang kita diberi rezeki dengan mudah ( dapat naik tangga) lalu kita gembira. Kadang- kadang kita diuji dengan ujian ( kena telan dek ular) lalu kita sedikit tersentap. Tapi tak semestinya bila kita di'telan ular', kita tak berupaya untuk menjadi orang pertama yang sampai ke no 100. Tak semestinya yang selalu naik tangga tu akan mendahului yang lain. Juga mungkin ianya menjadi batu loncatan untuk menjadi juara! Apa-apa pun, kita kena teruskan sehingga habis. Baru kita tahu naik turunnya emosi kita dalam menghabiskan sesuatu pekerjaan. Segala yang berlaku ada hikmahnya. 

Sungguh.....Allah mentarbiah kita dengan cara yang berlainan. Sesekali kita diuji dan sesekali kita diberi  rezeki lebih dari biasa. Teruskan sahaja perjalanan kita sehingga kita sampai ke destinasi yang abadi. 

Salam kasih sayang dari Lina LH :)

Saturday, October 26, 2013

Resepi Laksa Johor

Biasanya hujung minggu begini, saya mengambil kesempatan untuk memasak lauk-lauk best buat suami dan anak- anak. Kalau tidak memasak di dapur, kami 'masak' di restoran orang.  Pagi tadi, suami membeli bekalan makanan seminggu di pasar, mudah katanya bila semuanya dah ada. Seronok bila tengok penuh fridge dengan makanan sihat untuk seisi keluarga. Alhamdullilah...
Sedang berkira-kira nak masak apa untuk tengah hari ni, tekak macam teringin nak makan laksa Johor. Bila tengok pada bahan, semuanya cukup....so apa lagi, sinsing lengan ler si lina LH ni. Kat sini saya share kan resepi laksa johor mengikut citarasa saya. Ori atau tidak, tak menjadi masalah bagi saya. yang penting seisi keluarga enjoy keenakkannya sehingga menjilat sudu dan garfu. ~ dan saya asyik mengulang makan ajer sejak tadi...huhuhuhuh~

Resepi Lovely Laksa Johor by Lina LH:

A. Sphagetti ( 2 bungkus untuk 10 org makan- seisi keluarga saya dan juga anak- anak jiran yang menjadi teman sepermainan anak saya)
-rebus didalam air yang mendidih
-letakkan sesudu garam dan minyak masak untuk tidak melekat
- sesudah lembut, toskan dan lalukan air sejuk 

B. Bahan kuah laksa
ikan parang/ tenggiri (biasanya saya guna seekor ikan parang atau 4-5 ekor tenggiri sederhana besar
-rebus, kemudian ambil isinya
 
bawang kecil 5-7 ulas
bawang putih 4-7 ulas
serai 1 batang
halia  setengah ibu jari
udang kering secubit dua
ketumbar, jintan manis, jintan putih  (satu sudu- rendamkan dengan air panas)

- blend kan kesemua bahan diatas, setelah hancur, blend semula bersama isi ikan.

lada giling/cili boh
santan 2 kotak
bunga kantan
daun kesum
asam keping
garam
serbuk perasa

Cara masak kuah:
1. panaskan periuk, masukkan hasil bahan yang diblender tadi. 
- campur sedikit air, tak perlu banyak sangat kerana laksa johor biasanya dimakan dengan kuah yang agak pekat.
2.Campurkan lada giling, kacau hingga sebati
3. masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping
4 setelah mendidih, masukkan santan.
5. masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
6.  kacau sehingga semuanya sebati.

C. Sambal belacan
5 batang lada basah warna merah
sedikit belacan
- tumbuk atau blend

D. Bahan ulaman
limau kasturi
bawang besar dihiris-hiris
daun kesum atau daun pudina dihiris

Ada orang letak taugeh, kacang panjang, dan sebagainya. terpulang lah nak letak apa, asal habis dimakan. 

Alahai....gambo tak der lah pulak. Takperlah, u olls imagine ajerlah apa rupa laksa johor tu.  kalau tak dapat imagine, korang buat dan rasa, pasti berbaloi-baloi. Memang jadi lovely mummy lah hari tu...hehehhehehehe. 

lagi satu, jangan lupa, masaklah dengan kasih sayang dan sentiasa berselawat tak kira waktu memotong mahupun menumis. Nak lagi best, masaklah bersama pasangan anda sambil cerita ceriti dan bergurau senda. Buat- buatlah terlanggar badan sedangkan dapur tu masih luas. hehehehehehe....seronokkkkk! kalau tak caya, pergi buat. ;)

Sudut hadapan LH

Terlambat pula nak upload projek pagar LH. Banyak sangat bende yang nak dibuat minggu lepas, sampai tak sempat nak update blog. Maklum lah, saya dah mula bertugas di tempat kerja. Semester baru sahaja bermula, tu yang agak sibuk mengatur teaching plan untuk semester ni. Alhamdulillah, timetable untuk semester ni sangat best dan hanya mengajar 1 subjek yang menjadi kegemaran saya dari dulu hingga sekarang....subject statistics. hehehehehe....sudah berbelas tahun menabur ilmu statistik kepada ribuan pelajar. Lepas ni boleh ler kita buat kelas tambahan statistik kat LH. :)

Haaaaa....inilah dia rupa LH sekarang dengan pagar baru nya. 

Terima kasih banyak- banyak kepada en suami yang sibuk menyiapkan pagar warisan ni. Dalam sibuk dia mengelolakan busines nya yang lain berserta assignment postgraduate nya, sempat juga dia siapkan permintaan saya. Bijak sungguh dia mengatur masa. Alhamdullilah.

So apa lagi, mai lah ke Lovely Heritage! Kita main- main matching baju ngan tudung secara bersantai. Nikmat tau bershopping baju secara bersantai compare rushing sana sini. Untuk makluman, kami sedang plan untuk menambah koleksi plus size yang sesuai dengan imej muslimah santai tapi bergaya. pelbagai rujukan telah kami perolehi dan insyaAllah, ada rezeki kita buat sales besar- besaran untuk golongan kiut miut ni ye. Macam- macam vocab saya pelajari dari pelanggan saya tentang big size ni, tapi yang penting vocab nyer semua molek-molek belaka :)

Thursday, October 17, 2013

Selendang @ shawl

Dalam waktu beraya dikampung, sempat juga saya menambah koleksi pakaian buat pelanggan LH. Kali ini, saya memilih selendang atau nama glamer nya shawl. Shawl ni mudah dibentuk mengikut pelbagai gaya trend terkini. Sesuai dipakai bersama jubah, baju kurung mahupun blouse. Ukurannya yang lebih lebar dan panjang mampu menampakkan kemanisan si pemakai....labuh dalam menutup aurat dan cantik dalam bergaya. Terdapat dua corak dalam satu shawl. Hanya RM 18 sehelai, anda bole bergaya dengan 2 corak berbeza....jimat bukan!
Ini adalah salah satu cara memakainya dimana kedua- dua belah corak shawl dapat digayakan. 


Anda boleh membuat pilihan samaada shawl dari kain cotton ataupun chiffon. Sebarang pembelian, sms saya di 013 613 2853 atau PM di page Lovely Heritage. 




Yang ini pula, tudung empat segi sama seperti tudung bawal. Fabriknya daripada kain cotton viscose. Design corak terkini dengan hanya RM 13 sehelai. Cepat cepat buat pilihan... stok tersangat lah terhad.



Pasti anda kelihatan ayu bergaya dengan shawl dari Lovely Heritage :)

Lagi pilihan tudung boleh ke http://butiklovelyheritage.blogspot.com/p/tudungselendang.html






Friday, October 11, 2013

Keramat hidup

Minggu ini, sempena cuti panjang, kami berkira-kira untuk membuka LH sehingga jam 9 malam. Ini kerana, ramai yang bertanya dan membuat temujanji untuk ke sana. Tapi apa kan daya, malam tadi saya menerima berita tentang kesihatan mak saya. Lututnya membengkak dan sukar untuknya berjalan dengan sempurna. Jadi, kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung se awal hari ini. Kami mahu meluangkan lebih banyak masa dengannya pada waktu dia memerlukan kami semua. Ini sahajalah keramat hidup saya selain dari suami.

Seperti biasa, anak- anak akan mengelitik gembira bila mahu pulang ke rumah maktok. Pagi- pagi lagi sudah bangun dan mengemas baju sendiri untuk ke sana. Saya terdengar perbincangan mereka untuk membeli sesuatu buat maktoknya. Sayang sungguh mereka dengan maktoknya. Yang perempuan, Si Maryam, tidak putus-putus berdoa agar maktok sihat. Dari tadi asyik bertanya, bila nak sampai.... 
Alhamdullilah..., inilah nikmat bila mendapat ibu yang penyayang dan penyabar. Benarlah kata nabi, 'tidak akan disayang bagi sesiapa yang tidak menyayangi'. Padat penuh makna untuk kita perhatikan demi kehidupan akan datang. 
 
Doakan mak saya supaya kembali sihat dan hidupnya diberkati Ilahi. Saya juga doakan ibu- ibu kalian sihat, gembira dan diterima amal kebajikannya. Inilah mak saya, pn Mariam Omar.

So, buat masa ini sehingga ke hari Selasa, LH ditutup sementara waktu yer. Untuk pembelian online, anda boleh melihat- lihat katalog di blog dan ajukan sebarang pertanyaan atau pembelian ke hp saya 013 6132853. insyaAllah, saya akan membalasnya walau cepat atau lambat. Selamat bercuti buat semua dan semoga pengorbanan kita diterima Allah. 

Salam kasih sayang dari Lina LH.

Wednesday, October 9, 2013

Mobile learning????

Aik....apasal plak nak citer pasal mobile learning kat sini? Apa kena mengena mobile learning ngan Lovely heritage? Hmmmm.....sebenarnya memang tiada kaitan mobile learning dan Lovely Heritage, yang berkaitan adalah ownernya. hehehehhe.....saya sebenarnya researcher terawal bidang mobile learning. Waktu tu ipad dan smartphone belum wujud. Definisi mobile learning pun masih lagi blur- blur katak. Entah kenapa saya memberanikan diri mengexplore bidang tersebut sebagai master research saya. waduhhhh.....dah lah buat full research untuk master, buat lagi dalam bidang baru.  Kawan saya kata, saya tempah tiket awal untuk extend study. Berdekah- dekah kami ketawakan diri sendiri waktu tu.
Memang agak sukar untuk melakarkan idea serta real implementation di dalam kelas pada waktu tu. Segalanya limited. Tapi saya cuba jugak, try and adjust, try and develop, try and figure out.....fuhhhhh, berpinau jugak ler minda waktu tu. Tapi kan, nama pun research....makin kita kaji, makin best pulak. tup-tup, setahun setengah saya berjaya habiskan pengajian saya. Alhamdullilah. 
Dengan research itu jugak lah saya sampai ke bumi London dan  bumi Spain untuk perbentangan kertas kerja. Dengan pengalaman itulah, saya menjadi salah seorang speaker pembentang untuk colloqium antara universiti saya dan Indonesia. Siap keluar nama kat jakarta post lagi.....orang lain yang kerja keras untuk jayakan projek tu, nama kita plak yg keluar...opppssss. Tak lupa juga, dengan kejayaan menghabiskan research itu juga saya menjejakkan kaki ke Bandung. 

Hari ini, bertempat di Lovely Heritage, saya sekali lagi participate dalam research mengenai mobile learning antara Malaysia dan university of Southern quensland, australia. Saya ditemuramah mengenai ML di higher institution in Malaysia kerana projek lama dan akan datang. Wahhhh.....kelas ko! Orang lain punya background semuanya office dan buku, saya punya background...??? lagi mahu tanya, pastilah baju- baju cantik yang terdapat di Lovely Heritage ;)  ~ bukan ker saya cuti kerja dan bekerja fulltime disini minggu ni hehehehe~ Bagi saya, sewaktu data diproses nanti, background tak penting. yang penting ialah input saya dari segi pemikiran serta implementation dulu, kini dan akan datang. Background hanya penting untuk orang disana lihat- lihat hingga hairan lalu bertanya....dan mengorder. Masa tu dengan baju- baju LH pun mobile ke sana. heheheheheheh berangan ajer. video tu private, mana orang lain boleh tengok. 

Ehhhh...., macam best ajer kalau saya teruskan research dalam bidang ni. Masa berbincang tadi, macam excited jugak nak explore lebih. Tapi tak per, kita peram seminggu dua. Kalau makan, masak, mandi dan tidur pun minda keep thinking about it, maknanya kena gak ler teruskan. Kalau tak, tak perlu buang masa tukar-tukar lane ni. Banyak lagi benda saya mahu belajar dan bergembira bersama yang tersayang. 

Hmmmm.....begitu lah aktiviti saya di lovely heritage hari ini. Berniaga- berniaga juga, sharing knowledge and expertise juga perlu. Fardhu kifayah tetap kita jaga. 

~Salam sayang dari Lina LH~

Sunday, October 6, 2013

Kerja part time seminggu

Minggu ni, saya cuti seminggu sempena semester break. Sudah penat rasanya mengadap komputer dan papan hitam, minggu ni nak tukar profession pulak. Nak jadi penjual kain baju di kedai, bukan kain baju yang kena basuh, sidai dan lipat macam kat rumah tu. So part time saya minggu ini ialah bekerja sepenuh masa di Lovely Heritage. hehehehhe.....sayalah bos, pekerja, chef, cashier, driver, tukang bungkus, cleaner dan macam- macam lagilah. Lovely Heritage ni bagaikan rumah kedua saya, tempat saya mencari ilham baik untuk karier mahupun business. Juga tempat saya membaca journal- journal untuk rujukan phD saya. Penat membaca, saya belek pakaian- pakaian yang ada disitu. hehehhehe....terapi ler katakan. Kadang- kadang terlintas juga difikiran saya apakah kisah seterusnya buat saya, kerjaya dan lovely heritage.....? Takper lah, saya akan terus merancang, tapi Allah yang akan menentukan. Teruskan perjalanan kehidupan yang seketika ini untuk kehidupan yang lebih signifikan...kan?. Apa yang berlaku dalam hidup saya juga adalah hasil perancangan lisan dan hati saya selama ini. Dulu teringin nak belajar berniaga, Allah sudah lorongkan untuk mengusahakan Lovely Heritage dan Winglicious. Dulu mahu menuntut ilmu sepanjang hayat, Allah kurniakan kefahaman dan keterujaan untuk  buat PhD. Nak tahu apa yang saya mahukan sekarang untuk masa depan?? hehehehh....rahsia, nanti bila dah dapat baru best kita cerita ceriti. 

Memang benar pepatah yang menyatakan, siapa kita hari ini menentukan siapa kita di masa akan datang atau dengan kata lain, kita adalah refleksi dan tindakan masa lalu. Allah mengikut sangkaan hambaNya.......so fikir lah yang baik- baik sahaja untuk diri kita, keluarga, teman dan orang sekeliling. Wujudkan lah aura positif di mana saja bumi dipijak kerana sesungguhnya kita tidak akan tahu di bumi mana kita akan mati. At least spreading the good aura will make others happy and keep moving to the right direction. 

Nak tahu tak kenapa saya nak belajar berniaga? Dan bagaimana ianya bermula? Sudah tentu ada kisah dan permulaannya. Nanti kita sambung k....ada customer masuk. Nak gi serve customer tu jap. Kecinggggggg!!!! ;)

Berehat sambil berniaga

Hari Ahad biasanya hari cuti untuk saya, baik untuk kerja mahupun business. Tapi kali ini, saya rasa macam nak beroperasi lah pada setiap hari Ahad. Duduk kat rumah pun bukannya buat apa. At least kalau saya di lovely heritage, boleh saya siapkan craft, baca buku, berehat, memasak (oppssss.....jgn mare, siap buat jemput- jemput ikan bilis tau hari ni ) dan banyak lagi. Anak- anak lagi lah suka sebabnya diorang boleh main video game atau Bdaman mereka sambil melancong ke kedai uncle sebelah untuk beli ice cream dan keropok. Kalau disini, senang sikit saya nak perhatikan diorang study compare di rumah, sebab kat rumah banyak sangat ruang. Buat sehelai homework jer entah berapa kali mereka akan berhenti untuk buka peti ais atau tengok tv. Mencabar sungguh nak pandaikan anak zaman sekarang ni......
Hari ini, saya ajar anak perempuan saya ( sebab yang lelaki tak mahu turut serta ) buat visual dream book. Macam- macam rupanya impian dia. Yang best nya, pandai pula dia gunting gambar barang kemas habib jewels. satu page besar khas untuk jewelery jer. Umie nyer pun tak terfikir nak letak koleksi barang kemas sebagai 'dream list'. Bagus kakak ( panggilan saya buatnya), kalau kakak dah dapat koleksi barang kemas yang kakak impikan, boleh umie pinjam kan...... ;) kasi bling bling depan ayah, masa tu lah asyik nak cedukkan lauk untuk ayah jer. heheheheh.....

Ini antara yang saya sempat lihat, yang lain entah mana dia letak. 
* kak, nanti umie nak pinjam bag Braun Buffel purple kakak yer. pastu kalau kakak dah pandai buat kek, letak kat butik umie yer, kita buat DMaryam cafe....kita suruh ayah sponsor  :) *


Thursday, October 3, 2013

Minum-minum petang

Jam sudah menunjukkan jam 4.45 petang. Biasanya waktu- waktu begini, tekak minta diisi dengan teh tarik dan sekeping dua kuih muih. Tapi hari ini, saya rasa mahu makan bersama anak- anak sehabis mereka selesai kem bistari solat di sekolah mereka. Tak berapa minit pun lagi, kejap lagi menyeringai lah mereka datang menyinggah ke Lovely Heritage. 
Bercerita mengenai kuih dan minum petang, tahukah anda berdekatan dengan kedai saya ni terdapat makanan famous untuk rakyat Melaka. Di sebelah kanan ada laksa limbongan dan kuih keria hj jalil, juga ada putu piring. Lajak ke depan sikit ada coconut shake Klebang pula. Lagi depan, ada pula kepak ayam Winglicious yg sedap tu, tapi tu hujung minggu jer. Disebelah kiri pula, ada mee sup tengkera dan popiah basah. pendek kata, cakap ajer, nak makan yang kanan atau yang kiri....semuanya famos kat melaka ni dekat jer ngan kami. hehehehehehhe......ehem ehemmmm, lepas ni Lovely Heritage punya turn famos macam diorang plak ;) Ameennnn....

Tuesday, October 1, 2013

Solek sana sikit, solek sini sikit



Minggu ini kami menggunakan kesempatan masa yang terhad untuk menambah 'solekan' di Lovely Heritage. Bukan apa pun, cuma mendirikan pagar kayu di hadapan dan menggantungkan signboard kayu yang saya hasilkan dulu. Kayu kan ada elemen heritage..... so sesuaiiii gitu :)

Pada mulanya, kami sangka perkara tersebut mudah dan boleh dilakukan sendiri. percubaan demi percubaan kami lakukan tapi hasilnya tidak kemana. Prinsip hidup kami mudah sahaja, bertanya pada yang pakar untuk tidak membuang masa dan tenaga. Oleh itu, en suami terus menuju ke tempat tukang kayu dan memintanya untuk buatkan frame. Dalam masa beberapa minit sahaja, frame pagar telah pun siap. Kami hanya perlu memasangnya sahaja. Mudah kan......
Sebenarnya begitu lah dalam hidup kita, ada benda yang bukan bidang kita, kita rujuk pada yang pakar. Sesetengah benda perlu kita pelajari kesemuanya, tapi sesetengah benda tak perlu kita buat dari A to Z. Bila kita membahagikan tugas mengikut kepakaran, kita juga dikira sebagai berkongsi rezeki dan berlakulah networking disitu. 

Inilah dia antara hasilnya, walaupun belum siap sepenuhnya. :)













Nanti kita sambung lagi untuk projek seterusnya.