Pages

Friday, October 11, 2013

Keramat hidup

Minggu ini, sempena cuti panjang, kami berkira-kira untuk membuka LH sehingga jam 9 malam. Ini kerana, ramai yang bertanya dan membuat temujanji untuk ke sana. Tapi apa kan daya, malam tadi saya menerima berita tentang kesihatan mak saya. Lututnya membengkak dan sukar untuknya berjalan dengan sempurna. Jadi, kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung se awal hari ini. Kami mahu meluangkan lebih banyak masa dengannya pada waktu dia memerlukan kami semua. Ini sahajalah keramat hidup saya selain dari suami.

Seperti biasa, anak- anak akan mengelitik gembira bila mahu pulang ke rumah maktok. Pagi- pagi lagi sudah bangun dan mengemas baju sendiri untuk ke sana. Saya terdengar perbincangan mereka untuk membeli sesuatu buat maktoknya. Sayang sungguh mereka dengan maktoknya. Yang perempuan, Si Maryam, tidak putus-putus berdoa agar maktok sihat. Dari tadi asyik bertanya, bila nak sampai.... 
Alhamdullilah..., inilah nikmat bila mendapat ibu yang penyayang dan penyabar. Benarlah kata nabi, 'tidak akan disayang bagi sesiapa yang tidak menyayangi'. Padat penuh makna untuk kita perhatikan demi kehidupan akan datang. 
 
Doakan mak saya supaya kembali sihat dan hidupnya diberkati Ilahi. Saya juga doakan ibu- ibu kalian sihat, gembira dan diterima amal kebajikannya. Inilah mak saya, pn Mariam Omar.

So, buat masa ini sehingga ke hari Selasa, LH ditutup sementara waktu yer. Untuk pembelian online, anda boleh melihat- lihat katalog di blog dan ajukan sebarang pertanyaan atau pembelian ke hp saya 013 6132853. insyaAllah, saya akan membalasnya walau cepat atau lambat. Selamat bercuti buat semua dan semoga pengorbanan kita diterima Allah. 

Salam kasih sayang dari Lina LH.

No comments:

Post a Comment