Minggu ni, saya cuti seminggu sempena semester break. Sudah penat rasanya mengadap komputer dan papan hitam, minggu ni nak tukar profession pulak. Nak jadi penjual kain baju di kedai, bukan kain baju yang kena basuh, sidai dan lipat macam kat rumah tu. So part time saya minggu ini ialah bekerja sepenuh masa di Lovely Heritage. hehehehhe.....sayalah bos, pekerja, chef, cashier, driver, tukang bungkus, cleaner dan macam- macam lagilah. Lovely Heritage ni bagaikan rumah kedua saya, tempat saya mencari ilham baik untuk karier mahupun business. Juga tempat saya membaca journal- journal untuk rujukan phD saya. Penat membaca, saya belek pakaian- pakaian yang ada disitu. hehehhehe....terapi ler katakan. Kadang- kadang terlintas juga difikiran saya apakah kisah seterusnya buat saya, kerjaya dan lovely heritage.....? Takper lah, saya akan terus merancang, tapi Allah yang akan menentukan. Teruskan perjalanan kehidupan yang seketika ini untuk kehidupan yang lebih signifikan...kan?. Apa yang berlaku dalam hidup saya juga adalah hasil perancangan lisan dan hati saya selama ini. Dulu teringin nak belajar berniaga, Allah sudah lorongkan untuk mengusahakan Lovely Heritage dan Winglicious. Dulu mahu menuntut ilmu sepanjang hayat, Allah kurniakan kefahaman dan keterujaan untuk buat PhD. Nak tahu apa yang saya mahukan sekarang untuk masa depan?? hehehehh....rahsia, nanti bila dah dapat baru best kita cerita ceriti.
Memang benar pepatah yang menyatakan, siapa kita hari ini menentukan siapa kita di masa akan datang atau dengan kata lain, kita adalah refleksi dan tindakan masa lalu. Allah mengikut sangkaan hambaNya.......so fikir lah yang baik- baik sahaja untuk diri kita, keluarga, teman dan orang sekeliling. Wujudkan lah aura positif di mana saja bumi dipijak kerana sesungguhnya kita tidak akan tahu di bumi mana kita akan mati. At least spreading the good aura will make others happy and keep moving to the right direction.
Nak tahu tak kenapa saya nak belajar berniaga? Dan bagaimana ianya bermula? Sudah tentu ada kisah dan permulaannya. Nanti kita sambung k....ada customer masuk. Nak gi serve customer tu jap. Kecinggggggg!!!! ;)
No comments:
Post a Comment